Jom Raudhah!

Jom Raudhah!
Jom Raudhah!

Saturday, March 23, 2019

ENGLISH WORKSHOP

English Workshop bagi murid-murid tahun 6 telah di adakan pada 23 Mac 2019 bertempat di Musolla Ar-Raudhah SKLH. Semoga bengkel ini dapat memberi bimbingan dan panduan kepada murid-murid calon UPSR 2019 nanti untuk memperolehi keputusan yang cemerlang bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Aaaamiiin. 


Thursday, March 21, 2019

Kem Bestari Solat Tahap 1 siri pertama


KEM BESTARI SOLAT THP 1
SIRI PERTAMA

Tarikh : 21 Mac 2019

Sasaran : Semua murid Islam Tahap 1




Wednesday, March 20, 2019

MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Seramai 40 orang murid bersama 3 orang guru pengiring telah menghadiri dan menyaksikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban pada 20 Mac 2019 yang lalu. Semoga kehadiran dan keberadaan mereka mendapat rahmat dan keberkatan Allah S.W.T.

Tuesday, March 19, 2019

Thursday, March 14, 2019

SMART SOLAT PRA SEKOLAH

Preschool Smart Camp telah dijalankan pada 14 Mac 2019 yang lalu bertempat di Musolla Ar-Raudhah SKLH. Program tersebut telah dilaksanakan oleh Guru Pendidikan Islam Pra Sekolah SKLH yang telah memberi bimbingan berkaitan perlakuan dan bacaan dalam solat. Turut dijalankan juga amali wuduk dan solat. Semoga program ini akan dapat memberi pendedahan awal tentang solat kepada anak-anak Pra Sekolah SKLH. Insha Allah.





Saturday, March 9, 2019

WATIKAH CALON ASISS NEGERI SEMBILAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana Musolla Al-Raudhah telah terpilih sebagai calon ASISS Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan bagi tahun 2019. Watikah perlantikan telah disampaikan dalam Majlis Apresiasi Pendidikan Islam Negeri Sembilan pada 9 mac 2019 bertempat di SMK Seremban 2. Tahniah. Semoga segala usaha dan pengorbanan warga SKLH mendapat keredhaan Allah.